[VIDEO] Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu umrah

A
A
A

SEREMBAN - Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung pakej umrah tahun lalu.

Tertuduh Muzzamil Soliheen Musa, 47, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang lelaki berusia 53 tahun dengan memperdayakannya dan dengan curangnya mendorongnya menyerahkan wang tunai RM115, 030 miliknya yang mana dia tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 23 hingga 30 Januari tahun lalu di sebuah syarikat di Nilai.

Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung pakej umrah tahun lalu.
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung pakej umrah tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya M Kalaivaanan manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Musthafa.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasportnya ke mahkamah dan tidak dibenarkan mengganggu saksi sehingga selesai kes.

Dalam pada itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret kerana memperdaya seorang wanita berusia 31 tahun untuk menyerahkan wang berjumlah RM51,330 atas tujuan sama di sebuah syarikat berbeza di Nilai pada 13 Januari hingga 23 Februari tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Dia membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli yang kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan masing-masing pada 11 dan 12 Mac ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!