Bas ekspres bawa 22 penumpang terbakar

Sebuah bas ekspres terbakar dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan pada Jumaat.
Sebuah bas ekspres terbakar dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan pada Jumaat.
A
A
A

SERDANG - Tindakan pantas seorang pemandu bas mengarahkan kesemua 22 penumpang keluar sebaik menyedari kenderaan dipandunya terbakar berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.48 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bersama sebuah jentera kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 22 penumpang serta seorang pemandu ketika kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan pada Jumaat.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan pada Jumaat.

Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada semua mangsa yang terlibat.

"Anggota bomba bertugas kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman.

Kebakaran turut mengakibatkan struktur di kawasan hentian sebelah Serdang mengalami kerosakan.
Kebakaran turut mengakibatkan struktur di kawasan hentian sebelah Serdang mengalami kerosakan.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan awal mendapati bas berkenaan terbakar 90 peratus selain bahagian bumbung hentian rehat sebelah Serdang di lokasi kebakaran turut mengalami sedikit kerosakan," katanya.

Menurutnya, punca dan anggaran kerugian akibat kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!