Kawasan bukit Australia seperti dibanjiri lava gunung berapi

Gambar sebuah bukit yang dilanda kebakaran di Timur Laut Australia yang diambil oleh Melissa Ericksen kelihatan seperti kawasan tersebut dibanjiri dengan limpahan lava gunung berapi. -Foto Facebook Melissa Ericksen

A
A
A

EURORA - Sebuah bukit yang dilanda kebakaran di timur laut Australia kelihatan seperti dibanjiri limpahan lava gunung berapi.

Gambar- gambar bukit berkenaan dirakam di Euroa, sebuah bandar di timur Victoria.

Metro.co.uk melaporkan, seorang pengguna Facebook, Melissa Ericksen yang berkongsi beberapa gambar bukit berkenaan di laman sosial itu berkata, "Balmattum Hill benar benar bersinar malam ini.

"Ia adalah tempat yang saya seringkali lalui sepanjang hidup saya dan kini ia kelihatan seperti tertimbus di bawa lawa. Foto itu cantik namun menakutkan."

Kebakaran belukar di Australia itu sehingga kini menjejaskan tiga negeri, mengorbankan 24 nyawa dan memusnahkan hampir 2,000 rumah.

Kira-kira ratusan haiwan pelbagai spesis turut menjadi korban akibat krisis kebakaran belukar dilaporkan bermula sejak September lalu yang telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira lima juta hektar.

Gambar sebuah bukit yang dilanda kebakaran di Timur Laut Australia yang diambil oleh Melissa Ericksen kelihatan seperti kawasan tersebut dibanjiri dengan limpahan lava gunung berapi. -Foto Facebook Melissa Ericksen
Gambar sebuah bukit yang dilanda kebakaran di Timur Laut Australia yang diambil oleh Melissa Ericksen kelihatan seperti kawasan tersebut dibanjiri dengan limpahan lava gunung berapi. -Foto Facebook Melissa Ericksen

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!