Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan Malaysia di Thailand Masters

Tang Jie (kanan) - Ee Wei Foto: Bernama
Tang Jie (kanan) - Ee Wei Foto: Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] BEREGU badminton campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang di Thailand Masters apabila menempah slot lapan terbaik kejuaraan Super 300 tersebut pada Jumaat.

Bagaimanapun dalam aksi Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) keempat di Stadium Nimibutr, Bangkok itu, konsistensi sekali lagi menjadi cabaran buat Tang Jie-Ee Wei ketika berdepan beregu dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Tampil dengan status nombor sembilan dunia Tang Jie-Ee Wei bermula garang apabila menang dalam aksi set pertama, 21-12 ke atas lawan ranking 15 itu.

Set kedua Tang Jie-Ee Wei mendominasi permainan,namun beberapa kesilapan beregu negara mudah menyaksikan Robin Tabeling-Selena Piek tenang mengheret perlawanan ke mata penting sebelum beregu negara menutup permainan dengan kemenangan 25-23 dalam masa 40 minit.

Kemenangan tersebut membolehkan Tang Jie-Ee Wei menentang pilihan ketiga dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam aksi peringkat seterusnya.

Hiroki Midorikawa-Natsu Saito mara selepas menang ke atas beregu dari Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, 21-16, 21-16 dalam masa 39 minit.

Tang Jie-Ee Wei sebelum ini membuka gelanggang Siri Jelajah BWF dengan kekalahan kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 22-24, 14-21 pada pusingan kedua Terbuka Malaysia.

Di Terbuka India, Tang Jie-Ee Wei juga tewas straight set 19-21, 16-21 selepas memberi tentangan sengit kepada gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun di Indonesia Masters, Tang Jie-Ee Wei menampilkan aura positif apabila memberi cabaran kepada Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, untuk kemenangan 21-12 set pertama, sebelum tewas dua set berikutnya, 13-21, 14-21 kepada gandingan Indonesia tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!