Lelaki samun akauntan depan rumah miliki 13 rekod lampau

Laporan mengenai pergelutan antara mangsa dan suspek di hadapan rumah dalam kejadian samun di Taman Bukit Bendera dekat Mentakab pada Rabu.
Laporan mengenai pergelutan antara mangsa dan suspek di hadapan rumah dalam kejadian samun di Taman Bukit Bendera dekat Mentakab pada Rabu.
A
A
A

TEMERLOH - Polis Temerloh berjaya menahan seorang lelaki pada Jumaat yang disyaki melakukan samun terhadap seorang akauntan wanita di Mentakab di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, suspek berusia 49 tahun itu ditahan di persimpangan jalan Meranti dekat Mentakab kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, permohonan reman akan dimohon dan soal siasat lanjut akan diteruskan.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan dapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Hasil semakan juga mendapati suspek memiliki 13 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, dalam kejadian kira-kira jam 1.19 tengah hari pada Rabu, seorang akauntan iaitu wanita berusia 38 tahun disamun di hadapan sebuah rumah di Taman Bukit Bendera dekat Mentakab.

Kejadian menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,000 selepas beg sandang jenama MCM dilarikan oleh seorang lelaki menggunakan kereta jenis Perodua Myvi warna putih.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!