Wanita dalang utama perdaya orang ramai PPR ditahan SPRM

Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim PPR di Sandakan ditahan SPRM Sabah. Gambar hiasan
Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim PPR di Sandakan ditahan SPRM Sabah. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Wanita berusia 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Sandakan ketika hadir bagi membantu siasatan sekitar jam 10.35 malam Jumaat.

Menurut sumber, wanita itu ditahan susulan penahanan dua beranak iaitu lelaki berusia 40-an dan anak lelakinya berusia 20 berhubung kes sama.

Dia dipercayai menjadi dalang utama sindiket tersebut di mana pemohon yang terpedaya telah memberikan wang sekitar RM10,000 sejak tahun lalu dan membabitkan nilai puluhan ribu ringgit.

Sindiket terbabit juga meminta wang rasuah sama ada secara tunai atau pindahan ke akaun bank dengan menjanjikan rumah mesra rakyat termasuk insentif seperti perkakasan rumah kepada orang ramai yang berminat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009," katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti tampil bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!