Nahas tujuh kenderaan: Laluan Gopeng-Simpang Pulai terhalang

Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi itu turut mengakibatkan aliran trafik sesak dan kenderaan tidak bergerak.Foto ihsan pembaca
Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi itu turut mengakibatkan aliran trafik sesak dan kenderaan tidak bergerak.Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Laluan Gopeng-Simpang Pulai di kedua-dua arah di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan terhalang berikutan kemalangan melibatkan tiga treler dan empat kereta pada Sabtu.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi itu turut mengakibatkan aliran trafik sesak dan kenderaan tidak bergerak.

Laluan kedua-dua arah di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan terhalang berikutan kemalangan melibatkan tiga treler dan empat kereta pada Sabtu.Foto ihsan pembaca
Laluan kedua-dua arah di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan terhalang berikutan kemalangan melibatkan tiga treler dan empat kereta pada Sabtu.Foto ihsan pembaca

Difahamkan, terdapat mangsa tersepit dan beberapa individu lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Keadaan nahas tujuh kenderaan yang mengakibatkan laluan di kedua-dua Simpang Pulai-Gopeng terhalang pada Sabtu. Foto ihsan pembaca
Keadaan nahas tujuh kenderaan yang mengakibatkan laluan di kedua-dua Simpang Pulai-Gopeng terhalang pada Sabtu. Foto ihsan pembaca

Operasi menyelamat dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan bantuan BBP Gopeng selepas menerima panggilan pada jam 7.46 pagi.

Keadaan aliran trafik di susur keluar Plaza Tol Simpang Pulai sesak dengan kenderaan yang keluar bagi mengelak kesesakan.
Keadaan aliran trafik di susur keluar Plaza Tol Simpang Pulai sesak dengan kenderaan yang keluar bagi mengelak kesesakan.

PLUS menerusi aplikasi X meminta kenderaan yang datang dari arah utara keluar di Plaza Tol Simpang Pulai manakala dari selatan keluar di susur Gopeng bagi mengelak kesesakan lebih teruk.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan Sinar Harian mendapati, aliran trafik di Plaza Tol Simpang Pulai sesak dengan kenderaan keluar dari lebuh raya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!