'Mesej terakhir arwah hasrat nak balik kampung'

Tiga anggota tentera maut dalam nahas empat kenderaan melibatkan tiga trak tentera dengan sebuah lori Isuzu di Lebuhraya Plus arah Utara, di sini pada Jumaat. Gambar kecil: Abdull Rani dan Rosliza
Tiga anggota tentera maut dalam nahas empat kenderaan melibatkan tiga trak tentera dengan sebuah lori Isuzu di Lebuhraya Plus arah Utara, di sini pada Jumaat. Gambar kecil: Abdull Rani dan Rosliza
A
A
A

BESUT - Seorang anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berdekatan Gurun pada Jumaat sempat menyatakan hasrat kepada adik bongsunya untuk pulang ke kampung halaman di sini sehari sebelum nahas tersebut.

Hasrat itu dinyatakan Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, kepada Rosliza Abdull Rani, 34, dalam mesej WhatsApp terakhir mereka pada Khamis malam.

Rosliza menyatakan arwah seorang yang pendiam namun sangat mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Sebelum ini arwah abang jarang menghubungi saya, namun sehari sebelum kejadian secara tiba-tiba dia WhatsApp nyatakan hasrat nak balik kampung.

"Ketika itu kami juga saling bertanya khabar antara satu sama lain. Saya tidak sangka ia merupakan perbualan terakhir dengan arwah abang.

"Arwah abang seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap tetapi hubungan kami sekeluarga tetap rapat. Kali terakhir berjumpa dengan abang di kampung semasa sambutan Aidilfitri pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Masjid Gong Bayor dekat sini pada Sabtu.

Menurut Rosliza, arwah menetap di Pengkalan Hulu, Perak bersama isteri, Tuan Nor Hasliza Tuan Mohd Nor, 37 dan anak lelaki tunggalnya, Muhammad Nabil Razali, 13.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dia reda dengan tragedi tersebut meskipun ia memberi kesan mendalam kepada mereka terutama ibu bapanya.

Sementara itu, Abdull Rani Ahmad, 65, menyatakan dia mengetahui tentang kejadian tersebut daripada salah seorang anaknya yang memberitahu arwah Rozali terlibat dalam nahas kemalangan.

"Saya memang terkejut setelah dengar khabar berita itu... anak saya memang seorang yang penyayang dan selalu bertanyakan khabar kepada saya menerusi panggilan telefon meskipun jarang berjumpa.

"Kehilangan dia (arwah) sangat memberi kesan kepada saya namun tetap reda atas pemergian dia," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!