'Mula-mula seekor, lama-lama dah ada empat ekor gajah'

Gajah yang bekeliaran berhampiran kawasan penempatan penduduk.
Gajah yang bekeliaran berhampiran kawasan penempatan penduduk.
A
A
A

KLUANG - Penduduk Kampung Melayu Mardi di sini memohon kerjasama daripada pihak berwajib bagi menangani masalah kehadiran gajah di kampung berkenaan yang telah berlarutan lebih seminggu.

Difahamkan, sehingga kini terdapat empat ekor gajah di kampung berkenaan dan senario itu meresahkan penduduk biarpun haiwan tersebut masih belum ‘mengganggu’ mereka.

Seekor gajah menceroboh kawasan dusun milik penduduk kampung.
Seekor gajah menceroboh kawasan dusun milik penduduk kampung.

Menurut seorang penduduk, Azwan Muaalim, 36, pada mulanya hanya seekor gajah yang dikesan di kampung berkenaan pada 23 Januari lalu.

Bagaimanapun katanya, jumlah gajah didapati semakin bertambah kepada empat ekor.

Kelibat seekor gajah yang berjaya dirakam penduduk.
Kelibat seekor gajah yang berjaya dirakam penduduk.

“Penduduk mula perasan dengan kehadiran gajah-gajah ini lebih seminggu lepas. Mula-mula seekor, lama-lama dah ada empat ekor di kampung Ini.

“Penduduk kampung cuba juga menghalau gajah-gajah ini dengan memasang mercun, tapi tak bagi kesan apa-apa...gajah masih ada di sini.

Artikel Berkaitan:

Antara sisa makanan yang ditinggalkan oleh gajah di kawasan berkenaan.
Antara sisa makanan yang ditinggalkan oleh gajah di kawasan berkenaan.

“Pihak Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) daerah juga ada datang ke kampung ini bagi melihat keadaan gajah-gajah tersebut, tapi setakat ini masih belum ada apa-apa tindakan dibuat seperti cuba pindahkan gajah atau sebagainya,” katanya.

Antara imej gajah yang dirakam penduduk setempat.
Antara imej gajah yang dirakam penduduk setempat.

Tambah Azwan, sejak kehadiran gajah-gajah berkenaan, ada kebun serta dusun milik penduduk di situ yang rosak akibat ‘dikerjakan’ haiwan tersebut yang dipercayai kelaparan.

Katanya, baru-baru ini gajah-gajah tersebut dilihat cuba pula untuk memasuki kawasan rumah penduduk berdasarkan keadaan pagar yang rosak.

Pagar rumah yang rosak dipercayai angkara gajah.
Pagar rumah yang rosak dipercayai angkara gajah.

“Kalau ikutkan, sebelum ini memang ada kes gajah di sini, tapi masa itu (gajah) hanya lalu sahaja.

“Bagaimanapun kali ini, haiwan itu ‘singgah’ di kampung ini dan saya percaya gajah-gajah ini mencari makanan. Kebetulan pula penduduk kampung ini memiliki dusun dengan tanaman ubi dan sebagainya.

Kehadiran gajah di Kampung Melayu Mardi membimbangkan penduduk.
Kehadiran gajah di Kampung Melayu Mardi membimbangkan penduduk.

“Walaupun nampak jinak, tetapi penduduk kampung tetap risaukan keselamatan masing-masing dan mengharapkan agar pihak berwajib macam Perhilitan dapat bertindak,” katanya.

Sementara itu Pengarah Perhilitan Negeri Johor, Aminuddin Jamin berkata, setakat ini pihaknya tidak ada menerima apa-apa aduan berhubung perkara berkenaan.

“Aduan tersebut mungkin ada di daerah kerana apa-apa tindakan biasanya akan dilaksanakan di peringkat daerah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!