Selangor FC ikat penyerang Chile
SELANGOR FC telah merekrut penyerang baharu kelahiran Chile, Ronnie Fernandez yang akan menjadi tunjang utama di bahagian serangan untuk saingan liga musim depan.
Pengendali Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe berkata, Fernandez mampu menyelesaikan masalah serangan musim lalu selain mempunyai kelebihan terutama dalam kota penalti.
“Ronnie sangat berkebolehan menjaringkan gol terutamanya di bahagian dalam kotak. Dia mempunyai pengalaman bermain di beberapa negara sebagai ‘target man’ dalam kariernya.
"Ini akan membantu menambah kekuatan dalam pasukan. Saya berharap Ronnie akan cepat menyesuaikan dirinya bersama pemain-pemain lain dan menyelesaikan masalah serangan musim lalu," katanya.
Kelab terakhir pemain berusia 32 tahun itu adalah bersama pasukan Bolivia, Bolivar La Paz dan telah menjaringkan 18 gol daripada 26 perlawanan.
Dia juga membantu pasukan itu menjuarai Copa de la Division Profesional dan meraih tempat kedua dalam Primera Division 2023.
Fernandez juga pernah menyarung jersi negara kelahirannya, Chile dalam kelayakan Piala Dunia bagi benua Amerika Selatan menentang Uruguay dan Brazil pada bulan Mac 2022.
Selain itu, dia turut beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan Jun menentang Korea Selatan, Tunisia dan Ghana.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!