Keluarga Bella lantik peguam pemerhati
BERITA SEMASA 3 FEBRUARI 2024
Keluarga Mila Sharmilah Samsusah, 32, atau Bella yang dibunuh secara kejam di Batu Pahat, sudah melantik peguam pemerhati, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin
Kakak Bella, Norhisham Samsusah, 36, berkata, peguam berkenaan iaitu Aminatul Mardiah dibantu Hafidzah Hassan akan memastikan perbicaraan kes di mahkamah berjalan lancar.
Katanya, perbicaraan kes terhadap tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, akan bermula pada 19 Februari ini selepas bacaan pertuduhan pertama pada 24 Januari lalu.
Jelasnya lagi, ramai yang menawarkan khidmat bantuan guaman ini dan keluarga memilih mereka berdua berdasarkan kriteria perkhidmatan diberikan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647738/berita/semasa/keluarga-bella-lantik-peguam-pemerhati
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bella