'Buat operasi hari-hari pun tak mengapa'

Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa warga asing yang ditahan ketika serbuan di kawasan Pekan Pelabuhan Klang, pada Sabtu.
Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa warga asing yang ditahan ketika serbuan di kawasan Pekan Pelabuhan Klang, pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - "Terima kasih PDRM, kalau boleh buatlah hari-hari."

Itu luahan penduduk serta peniaga sekitar kawasan Persiaran Raja Muda Musa di Pelabuhan Klang, di sini susulan serbuan yang dijalankan pihak berkuasa, pada Sabtu.

Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 34, berkata, kawasan berkenaan sememangnya dibanjiri oleh warga asing terdiri daripada Bangladesh, Nepal serta beberapa negara lain sejak sekian lama.

"Sini memang ramai warga asing, terutamanya kalau hari minggu. Saya yang tinggal sini sejak berbelas tahun lalu memang rasa tak selesa.

"Terima kasih kepada pihak berkuasa yang jalankan operasi ini, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian," katanya ketika ditemui Sinar Harian, pada Sabtu.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa warga asing yang ditahan ketika serbuan di kawasan Pekan Pelabuhan Klang, pada Sabtu.
Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa warga asing yang ditahan ketika serbuan di kawasan Pekan Pelabuhan Klang, pada Sabtu.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 60, berkata, kebanjiran warga asing telah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

"Saya orang berniaga, memang ada juga warga asing yang datang beli di kedai saya, tapi kalau ramai sangat di sini, saya sendiri pun rasa tak selesa.

Artikel Berkaitan:

"Lega bila tengok ramai polis datang hari ini, lepas ini saya harap kawasan ini tak lagi dipenuhi dengan warga asing, saya dan semua penduduk di sini pun dapat hidup dengan selesa lepas ini," katanya.

Penduduk, Salma, 43, pula berkata, kebanjiran warga asing di kawasan ini menimbulkan rasa kurang senang terutamanya melibatkan faktor keselamatan.

Antara warga asing ditahan untuk pemeriksaan dalam serbuan di kawasan Pekan Pelabuhan Klang, pada Sabtu.
Antara warga asing ditahan untuk pemeriksaan dalam serbuan di kawasan Pekan Pelabuhan Klang, pada Sabtu.

"Warga asing ini tahu sajalah, bila pandang orang, macam nak ditelannya, saya kalau nak pergi kedai pun rasa tak selesa, asyik pandang saja.

"Saya harap operasi oleh pihak berkuasa ini dapat dibuat sekerap mungkin, kalau nak buat setiap hari pun tak mengapa," katanya.

Serbuan yang dijalankan lebih 300 anggota dan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Pasukan Gerakan Am itu dijalankan bermula kira-kira jam 1.30 petang.

Serbuan dipercayai dijalankan susulan aduan orang awam berkaitan kebanjiran warga asing di sekitar kawasan di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!