Ekonomi global tunjuk momentum positif - IMF

Georgieva berkata konflik antara Rusia dan Ukraine serta Israel dan Hamas serta situasi geopolitik yang kompleks masih membawa ketidakpastian kepada prospek ekonomi global. - Foto: Reuters
Georgieva berkata konflik antara Rusia dan Ukraine serta Israel dan Hamas serta situasi geopolitik yang kompleks masih membawa ketidakpastian kepada prospek ekonomi global. - Foto: Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata pada Khamis bahawa walaupun IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global tetapi memberi amaran tentang risiko yang masih wujud, lapor Xinhua.

Semasa mengadakan sidang media di ibu pejabat IMF di Washington pada Khamis, ketua IMF itu berkata, konflik antara Rusia dan Ukraine serta Israel dan Hamas serta situasi geopolitik yang kompleks masih membawa ketidakpastian kepada prospek ekonomi global.

IMF menaikkan unjuran pertumbuhan global kepada 3.1 peratus pada 2024, 0.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran pada Oktober 2023, kata Georgieva.

Mengenai gangguan perkapalan di Asia Barat, ketua IMF berkata kargo yang melalui Terusan Suez pada Januari menurun sebanyak 43 peratus berbanding tahun sebelumnya, memberi tamparan kepada ekonomi-ekonomi berkaitan.

Beliau turut menyentuh mengenai risiko mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh jangka masa panjang.

Sementara itu, bagi Amerika Syarikat, risiko mengekalkan kadar faedah tinggi lebih lama daripada yang diperlukan bukan hanya mendatangkan risiko terhadap ekonomi AS tetapi untuk ekonomi global, katanya.

"Apabila negara lain terutama sedang pesat membangun telah menurunkan inflasi kepada kadar faedah yang lebih rendah, jika AS terus meningkat, itu boleh memberi kesan kepada kadar pertukaran dan ia boleh memberi kesan kepada negara lain dengan cara yang agak negatif," kata Georgieva.

Mengenai ekonomi China, Georgieva memberitahu Xinhua bahawa "ekonomi China menunjukkan prestasi melebihi jangkaan pada 2023."

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, adalah penting untuk menangani cabaran termasuk tekanan dalam sektor hartanah dan mengurus hutang kerajaan tempatan demi mengekalkan momentum ekonomi China, kata Georgieva.

Kerajaan China telah mengambil beberapa tindakan membabitkan sektor hartanah, katanya.

Komitmen China terhadap ekonomi hijau terbukti menerusi keputusan penting terutamanya dalam sektor seperti kenderaan elektrik, katanya. - Bernama

-- BERNAMA-XINHUA

TAG:

SASM TFTY AYU

Saturday, 03 February 2024

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!