500 anggota digerakkan operasi buru tahanan warga asing lari

Lebih 500 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi digerakkan dalam operasi memburu tahanan warga asing yang lari dari Depot Imigresen Sementara Bidor. Gambar kecil: Mohd Naim dan Ruslin
Lebih 500 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi digerakkan dalam operasi memburu tahanan warga asing yang lari dari Depot Imigresen Sementara Bidor. Gambar kecil: Mohd Naim dan Ruslin
A
A
A

TAPAH - Lebih 500 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi telah digerakkan dalam operasi memburu tahanan warga asing yang lari dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini sejak Khamis.

Operasi diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, masuk hari ketiga, tumpuan operasi menerusi Op Kesan itu tertumpu di tiga lokasi iaitu Sungai Kenoh di Tapah, Kampung Gempir dan Kampung Senta dekat Bidor.

"Sekatan jalan raya masih dikenakan di tujuh lokasi iaitu empat dalam kawasan Tapah dan tiga lagi bantuan dari daerah Mualim, Kampar dan Hilir Perak," katanya.

Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 10 tahanan lolos berjaya diberkas semula dan 120 lagi masih belum dapat dikesan.
Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 10 tahanan lolos berjaya diberkas semula dan 120 lagi masih belum dapat dikesan.

Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 10 tahanan lolos berjaya diberkas semula dengan satu tangkapan terbaru di Kampung Orang Asli Sementa yang berada pada kedudukan radius 12 kilometer dari depot tahanan.

Jumlah itu menjadikan 120 tahanan lagi masih belum dapat dikesan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, seramai 100 anggota Imigresen dari seluruh negara akan melapor diri esok bagi membantu kelancaran operasi.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pada ketika ini, seramai 400 kekuatan anggota pelbagai agensi digunakan bagi membantu operasi dan berdasarkan laporan, kesemua mereka berada dalam keadaan baik tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Radius pencarian kita semakin besar, sasaran juga makin luas kerana itu kita lakukan pertambahan anggota. Kita sasarkan keanggotaan terlibat dalam operasi mencecah 500 orang esok.

"Di samping polis yang mengetuai operasi, kita juga ada operasi sendiri mengesan kedudukan tahanan ini melalui risikan dan maklumat orang awam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!