Saliran air kolam renang bocor disyaki punca tanah runtuh

Anggota bomba sedang memantau di lokasi kejadian tanah runtuh Taman Bukit Pantai, Bangsar, pada Sabtu.
Anggota bomba sedang memantau di lokasi kejadian tanah runtuh Taman Bukit Pantai, Bangsar, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah banglo tiga tingkat di Taman Bukit Pantai, Bangsar, di sini terjejas akibat tanah runtuh, pada Sabtu.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mustafa Kamal Mohd Arih berkata, seramai 17 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian pada jam 10.45 pagi.

"Pemeriksaan awal mendapati, runtuhan tanah berkemungkinan daripada kebocoran saliran air kolam renang di rumah di bahagian atas,

"Kerja-kerja mengosongkan sisa air kolam renang dilakukan oleh pasukan bomba bagi mengelakkan tanah semakin lembab dan berpotensi berlakunya pergerakan atau hakisan tanah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, tiada mangsa terperangkap dan tiada struktur rumah rosak dilaporkan berlaku.

"Seorang wanita berusia 40-an yang menyewa rumah berkenaan serta pemilik rumah terletak bersebelahan dengan lokasi kejadian tanah runtuh diminta mengosongkan kediaman.

"Kes diserahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Cerun, pihak polis dan kontraktor rumah untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!