Enam pasang kasut Micheal Jordan dilelong harga RM37.7 juta
NEW YORK - Enam pasang kasut Nike Air Jordans yang dipakai bintang bola keranjang pada tahun 1990-an, Micheal Jordan telah berjaya dijual dengan rekod AS$8 juta (RM37.7 juta), menurut syarikat lelong Sotheby's.
Jordan telah memberikan kasut berasingan itu kepada eksekutif komunikasi Chicago Bulls Tim Hallam, selepas perlawanan penentuan yang membantu kelab itu memenangi enam kejuaraan NBA dari 1991 hingga 1993 dan 1996 hingga 1998.
Harga pembelian dicapai dalam acara lelongan Sotheby's di New York adalah rekod kedua tertinggi untuk koleksi Jordan.
Syarikat lelong berkata, harga yang dipersetujui untuk 'Koleksi Dinasti' tidak pernah dihasilkan semula.
Pada April lalu, sebuah syarikat dimiliki taikun Perancis, Patrick Dhahi telah melelong sepasang kasut yang dipakai Jordan semasa kejuaraan akhir dengan pasukan Chicago Bulls pada tahun 1998 dengan harga AS$2.2 juta (RM10.3 juta).
Kasut tersebut digelar 'Bred' (Hitam dan Merah), Air Jordan XIII telah ditandatangani pemain tersebut.
Enam pasang kasut dijua pada Jumaat itu termasuk Air Jordan VI (1991), VII (1992), VIII (1993), XI (1996), XII (1997) dan Air Jordan XIV (1998). - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!