Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide

Azizulhasni Awang
Azizulhasni Awang
A
A
A

[DIKEMAS KINI]JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih emas acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia pada Sabtu.

Dalam acara final itu, Azizulhasni menewaskan dua pelumba Jepun Shinji Nakano dan Kaiya Ota pada aksi yang berlangsung di Adelaide Super-Drome.

Bagi Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman, kemenangan itu sesuatu yang di luar jangkaanya selain mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia.

"Alhamdullilah. Kemenangan yang sukar dipercayai untuk saya malam ini. Terima kasih atas sokongan anda Malaysia," katanya di laman Facebook miliknya.

Kemenangan itu juga amat bermakna kerana Piala Negara-Negara UCI merupakan tempat untuk meraih mata kelayakan ke ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!