281 PATI diberkas menerusi Op Sapu di Persiaran Raja Muda Musa

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya.
Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya.
A
A
A

KLANG - Seramai 281 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Op Sapu yang dijalankan di Persiaran Raja Muda Musa, pekan Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi melibatkan kekuatan seramai 348 anggota termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am(PGA) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Pemeriksaan melibatkan 469 warga asing terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.

Pemeriksaan melibatkan 469 warga asing terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.
Pemeriksaan melibatkan 469 warga asing terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.

"Serbuan dijalankan kira-kira jam 2.30 petang sebelum berakhir jam 5.30 petang," katanya pada Sabtu.

Katanya, pemeriksaan dijalankan menahan 228 lelaki dan 53 perempuan warga asing kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Putrajaya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!