Ibu kandung Fatehah mana...
SABAK BERNAM - [DIKEMASKINI] Ibu kandung seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang menghilangkan dicari diri bagi membantu urusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Penjaga kanak-kanak itu, Ishak Itam, 65, berkata, ibu kepada Fatehah Umar Basa ialah warga Indonesia.
"Wanita ini beralamat terakhir di Sungai Buluh Sasaran, Kuala Selangor.
"Ibu kandungnya didapati menghilangkan diri kira-kira lima tahun lalu dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini," katanya.
Ishak berkata, kanak-kanak itu kini di bawah jagaannya di Tanjong Karang sejak tiga minggu lalu dan meminta ibu kandung kanak-kanak tersebut tampil dan menghubunginya di talian 019-3023171.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!