41 pendatang lolos berjaya ditahan semula

Usaha menangkap pendatang asing tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor giat dilakukan. Foto Bernama
Usaha menangkap pendatang asing tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor giat dilakukan. Foto Bernama
A
A
A

TAPAH - Dua lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Sabtu, berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah warga asing yang berjaya ditangkap setakat ini seramai 41 orang.

"Dalam operasi hari ketiga semalam, kita berjaya menahan dua etnik Rohingya itu berjaya ditangkap di kawasan pedalaman Tapah.

"Kedua-dua pelarian itu berjaya ditangkap atas maklumat awam di Kampung Ampang, Kuala Woh, Tapah sekitar jam 8.40 malam," katanya di sini pada Ahad.

Menurut beliau, Op Kesan diteruskan bagi mengesan baki 89 pelarian yang dipercayai masih berada di hutan sekitar Tapah dan Bidor selain bersembunyi di kawasan kampung.

Media melaporkan seramai 131 warga asing melarikan diri dari blok lelaki depot itu merangkumi 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Bagaimanapun, seorang daripada tahanan berkenaan maut selepas dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri.

Usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan termasuk melalui bantuan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta JSJ Bukit Aman dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Artikel Berkaitan:

Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) turut memaklumkan pengoperasian depot berkenaan kini ditutup sementara bagi membolehkan operasi mengesan saki-baki tahanan yang melarikan diri dilaksanakan sepenuhnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!