Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pemilu 2024: Anies, Ganjar juga ‘mahu’ anak Jokowi

04 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 FEBRUARI 2024

Tidak wajar untuk mempersalahkan calon Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka kerana dibenarkan bertanding jawatan kedua tertinggi negara itu.

Calon Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) Jakarta 3, Rahayu Saraswati berkata, Gibran seringkali dipersalahkan kerana membuat keputusan untuk menyertai gabungan Probowo Subianto yang menawarkan diri sebagai Presiden Indonesia.

Rahayu yang mewakili Parti Gerindra mendedahkan, Gibran juga pernah menjadi rebutan dengan ditawarkan jawatan sama daripada dua calon presiden lain iaitu Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, bagaimanapun pemimpin berusia 36 tahun itu memilih untuk bersama Prabowo.

Penyertaan Gibran juga turut dipertikaikan kerana Mahkamah Perlembagaan meminda had umur untuk bertanding jawatan itu mestilah melebihi 40 tahun beberapa hari sebelum proses penamaan calon ditutup.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #Pemilu2024 #Capres2024 #Pilpres2024 #indonesia