Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR
PETALING JAYA - Seorang anggota polis berpangkat sarjan disiasat setelah didapati memiliki wang tunai lebih RM3,000 ketika terlibat dalam sekatan jalan raya (SJR) dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan sebelum itu dijalankan oleh pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard(JIPS) Bukit Aman di lokasi SJR berkenaan.
"Pemeriksaan dijalankan terhadap beberapa anggota trafik yang ketika itu sedang menjalankan tugas Op Alkohol kira-kira jam 2.30 pagi.
"Salah seorang anggota trafik terlibat didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,313 selain pemeriksaan dalam sebuah kenderaan menemui sejumlah wang tunai sebanyak RM440," katanya pada Ahad.
Beliau berkata, kertas siasatan tatatertib dibuka susulan kejadian itu.
"Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur perbuatan rasuah atau pelanggaran prosedur penugasan yang dijalankan.
"Kesemua anggota yang terlibat dalam siasatan ini akan dikeluarkan dari pasukan penguat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya.
@sinarharianonline Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai RM3,753 ketika SJR #fyp#SinarHarian#SinarTerkini#Semasa#Polis#Wang#SJR#PetalingJaya#HusseinOmarKhan#BukitAman#Sarjan#Trafik Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!