Boss Mario tak hilang, sedang dapatkan rawatan di hospital swasta

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

MELAKA - Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Boss Mario ditemukan selamat dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Jalan Syed Abdul Aziz di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Boss Mario atau nama sebenarnya Yew Boon Xiang, 30, sebenarnya tidak hilang namun berada di dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat menguruskan dua kedai telefon bimbitnya.

“Keberadaan Boss Mario di hospital berkenaan dimaklumkan oleh polis menerusi abangnya yang mengesan penggunaan perkhidmatan e-panggilan oleh pempengaruh itu untuk ke hospital terbabit sebelum menghubungi pusat rawatan itu untuk pengesahan kira-kira jam 2.15 petang tadi.

“Boss Mario dikatakan tertekan untuk menguruskan dua kedai telefon bimbitnya serta memberi bonus kepada 22 orang pekerjanya dan bertindak duduk di sebuah rumah kosong sekitar Klebang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan pempengaruh itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu tanpa dapat dikesan oleh ahli keluarganya.

Dia dikatakan keluar memandu seorang diri ke Pantai Klebang kira-kira jam 3 pagi dan keretanya ditemukan ditinggalkan di kawasan itu dalam keadaan berkunci. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!