Prabowo-Gibran kekal dahului keputusan tinjauan

Prabowo-Gibran meraih antara 42-52 peratus sokongan. - Foto Agensi
Prabowo-Gibran meraih antara 42-52 peratus sokongan. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Debat kelima Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) yang berlangsung pada Ahad menyaksikan momentum terakhir para calon presiden (capres) Anies Baswedan, Prabowo Subianto dan Ganjar Pranowo menyampaikan gagasan masing-masing.

Tema debat kali ini adalah tentang teknologi maklumat, meningkatkan perkhidmatan awam, berita palsu, sikap tidak bertoleransi, pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

Keputusan kaji selidik terbaharu dilakukan 16 lembaga berhubung kebolehpilihan pasangan calon (paslon) sejak awal Januari lalu menunjukkan calon No. Siri Dua, Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka masih mendahului pesaing mereka dengan meraih antara 42-52 peratus sokongan.

Sokongan Prabowo-Gibran menyaksikan trend peningkatan ketara sejak November hingga Disember 2023.

Beberapa pemerhati percaya Prabowo-Gibran berpotensi memasuki pusingan kedua Pilpres jika tiada paslon berjaya meraih lebih 50 peratus undi dan dijangka bertemu dengan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!