Tujuh cedera diserang lelaki bersenjata pisau pemotong daging
SINGAPURA - Seramai lima orang awam membantu anggota polis menumpaskan seorang lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging yang menyerang beberapa mangsa di Commonwealth Avenue termasuk lobi lif HDB dan Margaret Drive Hawker Centre ketika kejadian menggemparkan Singapura pada Sabtu.
CNA melaporkan suspek berusia 20 tahun bakal dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan senjata berbahaya.
Pihak berkuasa pada Ahad memaklumkan siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan insiden keganasan.
"Tujuh mangsa yang cedera berusia antara enam dan 76 tahun," ujarnya sambil menambah mereka akan meminta perintah mahkamah untuk suspek ditahan reman di Institut Kesihatan Mental bagi menjalani penilaian psikiatri.
Individu itu boleh dihukum penjara tujuh tahun, denda, sebatan atau mana-mana gabungan hukuman tersebut jika disabit kesalahan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!