Polis terima laporan kes tular bawa keluar Taib Mahmud dari hospital

Abdul Taib Mahmud
Abdul Taib Mahmud
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

‘’Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial.

‘’Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Datuk Mancha Ata
Datuk Mancha Ata

‘’Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,’’ katanya.

Baru-baru ini tular satu laporan polis yang mendakwa Tun Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching. - Awani

@sinarharianonline

Polis terima laporan kes tular bawa keluar Taib Mahmud dari hospital #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Polis #MahmudTaib #Polis #Hospital #Laporan #Tular #Viral #PDRM #Sarawak

Artikel Berkaitan:

Jaws Main Theme (From "Jaws") - Geek Music

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!