Pengampunan Najib: Tony Pua selesai beri keterangan, ditanya 60 soalan

Tony ketika ditemui pemberita di hadapan Bukit Aman pada Isnin.
Tony ketika ditemui pemberita di hadapan Bukit Aman pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua selesai direkod keterangan susulan kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tony bersama peguamnya, Haijan Omar dan ditemani Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam12.48 tengah hari, Isnin, sebelum dilihat keluar pada 2.30 petang.

"Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat selepas dipanggil ke Bukit Aman.

"Sebanyak 60 soalan ditanya kepada saya berhubung lima hantaran di Facebook," katanya kepada pemberita di hadapan Bukit Aman di sini pada Isnin.

Beliau berkata, polis turut memintanya menyerahkan komputer riba untuk siasatan lanjut.

"Saya akan menyerahkan komputer riba kerana telah menggunakannya untuk memuat naik hantaran di Facebook," katanya.

Pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Tony berhubung kenyataannya di media sosial dipercayai berunsur menghina institusi diraja dalam isu pengampunan Najib.

Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Artikel Berkaitan: