Lima nelayan warga Myanmar ditahan tiada dokumen

Lima nelayan warga Myanmar yang ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa Maritim Malaysia.
Lima nelayan warga Myanmar yang ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa Maritim Malaysia.
A
A
A

GEORGE TOWN - Lima nelayan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika berada dalam perairan negeri ini pada malam Ahad.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, mereka yang menggunakan bot nelayan tempatan kelas C dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 3.95 batu nautika Pulau Kendi pada 10 malam oleh bot peronda yang sedang menjalankan Op Tiris 3.0.

Menurutnya, ketika dikesan bot itu sedang bergerak dan anggota berjaya memintas untuk melakukan rutin pemeriksaan.

Bot nelayan tempatan kelas C yang digunakan lima nelayan warga asing.
Bot nelayan tempatan kelas C yang digunakan lima nelayan warga asing.

"Pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan seorang tekong warga Myanmar, dibantu oleh empat kru juga warga Myanmar.

"Mereka yang ditahan berusia antara 30 hingga 47 tahun dan empat daripadanya gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang kru mengemukakan dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Isnin.

Nak Rong berkata, pemeriksaan juga mendapati mereka juga gagal mengemukakan surat kelulusan menggunakan radio komunikasi yang terdapat dalam bot terbabit.

Radio komunikasi yang terdapat dalam bot terbabit.
Radio komunikasi yang terdapat dalam bot terbabit.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kesemua kru warga Myanmar ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kes juga akan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!