Pekerja berumur dakwa didiskriminasi dalam pekerjaan - Tinjauan

Pekerja berumur mendakwa terdapat perubahan negatif dalam sikap terhadap mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gambar hiasan 123rf
Pekerja berumur mendakwa terdapat perubahan negatif dalam sikap terhadap mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gambar hiasan 123rf
A
A
A

LONDON - Kira-kira satu daripada lima individu berusia 55 tahun ke atas mendakwa mereka didiskriminasi kerana faktor usia, menurut satu kajian di United Kingdom (UK), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Satu tinjauan terhadap 2,000 individu dewasa oleh sebuah firma kewangan, Canada Life mendedahkan aduan pekerja itu, termasuk peluang kerjaya yang lebih sedikit dan peningkatan tekanan untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam pekerjaan mereka.

Menurut laporan itu, pekerja berumur berkenaan mendakwa terdapat perubahan negatif dalam sikap terhadap mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan majikan kurang menilai prestasi mereka.

Pengarah Jualan Canada Life, Dan Crook berkata, pekerja berumur merupakan sumber yang sangat berharga untuk ribuan majikan.

"Mereka menawarkan tempat kerja mereka pengalaman dan kepakaran yang hanya diperoleh melalui masa dan adalah suatu kebimbangan bahawa begitu ramai pekerja ini merasa didiskriminasi di tempat kerja dan percaya peluang untuk memajukan diri terhalang oleh krisis kos sara hidup," katanya. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!