Cleopatra terkejut terima sijil nikah dengan bekas timbalan KPN
BERITA SEMASA 5 FEBRUARI 2024
Bekas calon kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Cleopatra terkejut apabila dikatakan telah berkahwin dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin setelah menerima sijil pernikahan dari Thailand, tahun lalu, lapor wartawan sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Sedangkan bekas calon bebas atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin berkata, dia tidak pernah ke negara jiran terbabit untuk melangsungkan perkahwinan.
Susulan itu, dia memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, mengenai kesahihan 'pernikahan’ dan sijil nikah itu.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili ahli perniagaan ini berkata, anak guamnya memfailkan permohonan pengesahan kononnya berlaku perkahwinan dengan Mohd Bakri.
Menurutnya, permohonan itu dibuat bagi membersihkan imej dan mencari keadilan kerana pernikahan ini tidak pernah berlaku.