Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Khalid setia menemani isteri keduanya, Allahyarhamah Salwani Yusof, 43, yang menghidap penyakit komplikasi jantung sehingga ke akhir hayat.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada jam 1.15 tengah hari.
Pegawai Khas kepada Khalid, Ahmad Fikri Nizammuddin berkata, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu.
Menurut beliau, Khalid sentiasa berada di samping isteri keduanya itu sepanjang menerima rawatan dan di saat menghembuskan nafas terakhir.
"Jenazah Allahyarhamah akan disembahyangkan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian selepas solat Isyak.
"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali sekitar jam 9.30 malam," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, Salwani dan Khalid berkahwin pada tahun 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun.
Ujarnya, Allahyarhamah merupakan seorang suri rumah dan berasal dari Kubang Kerian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!