Op Aman Khas di Klang mampu turunkan indeks jenayah

Hussein menerima topi keledar sebagai simbolik perasmian Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Puchong Selatan, pada Isnin. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hussein menerima topi keledar sebagai simbolik perasmian Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Puchong Selatan, pada Isnin. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUCHONG - Operasi Op Aman Khas 1/2024 yang dilaksanakan di Klang mampu menurunkan indeks jenayah khususnya di daerah terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi berkenaan telah dilaksanakan bermula 15 Januari lalu melibatkan pelbagai elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, antara elemen ditekankan ialah gengsterisme, jenayah kekerasan dan orang dikehendaki.

"Daripada jumlah itu, kita telah menahan 85 orang dikehendaki dalam tempoh dua minggu.

"Bagi operasi di tapak projek pula, sebanyak 16 lokasi digempur, manakala serbuan sarang penagih dadah pula lima lokasi dan berjaya menahan 34 penagih dadah yang ada dalam senarai dikehendaki kami (polis)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Puchong Selatan, di sini pada Isnin.

Hussein menyerahkan cenderahati kepada pengguna jalan raya selepas sempena Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Puchong Selatan, pada Isnin. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hussein menyerahkan cenderahati kepada pengguna jalan raya selepas sempena Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Puchong Selatan, pada Isnin. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), Sazally Saidi.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, kata Hussein, operasi itu juga membabitkan serbuan maksiat, persundalan, kontraban dan barang lusuh serta berjaya membuat 1,184 tangkapan atas pelbagai kesalahan.

"Jika Op Aman Khas kerap dilakukan, lama kelamaan kadar jenayah akan turun kerana operasi ini lebih fokus dan spesifik berbanding operasi biasa termasuk sasaran kawasan.

"Operasi di Klang telah tamat dan kita akan pergi pula ke daerah lain," ujarnya.

Pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Hussain, menegaskan PDRM komited memastikan dan menentukan Klang bersih, malah tidak akan sama sekali membenarkan Klang disamakan dengan Colombia.

Justeru itu katanya, dalam usaha memadam persepsi mengaitkan Klang dengan Colombia akibat kegiatan jenayah, beberapa operasi dijalankan sejak 15 Januari lalu sehingga 1 Februari membabitkan kes dadah, penyeludupan migran dan aktiviti jenayah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!