Jangan mudah terpesona iklan produk kosmetik 'timbang kilo'

Tuan Mohd Saripudin (tengah) merasmikan Program Cabaran Bio Tajmeel 2024 di sini pada Isnin.
Tuan Mohd Saripudin (tengah) merasmikan Program Cabaran Bio Tajmeel 2024 di sini pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengguna kosmetik di negeri ini digesa tidak mudah terpesona dengan kaedah pengiklanan produk 'timbang kilo' di media sosial.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, wujud kebimbangan mengenai produk yang menggunakan bahan kimia terlarang.

Menurut beliau, pengguna juga perlu peka kerana ada alat yang boleh menyemak bahan-bahan terlarang itu.

"Ada penjual produk dengan mudah mempromosikan kosmetik mereka dengan menggunakan kecanggihan peralatan serta mengedit video asal.

"Pengguna pada mulanya teruja tetapi kesan selepas itu akan merosakkan wajah," katanya selepas merasmikan Program Cabaran Bio Tajmeel 2024 di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan melalui anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mencari seramai 20 peniaga kosmetik dalam usaha menutup ruang kepada 'produk timbang kilo'.

"Kita melaksanakan Program Cabaran Bio Tajmeel dan bekerjasama dengan lebih ramai pemilik jenama kosmetik di negeri ini," katanya lagi.

Hadir sama, Pengurus Bio Tajmeel, Zairos Fadeila Zainal Abidin.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kesemua mereka akan menerima geran untuk menjadi usahawan dalam bidang kosmetik.

"Kita juga mempunyai saintis yang melakukan ujian makmal ke atas semua produk yang akan dikeluarkan dan memberi jaminan tiada bahan terlarang," jelasnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!