Scammer makin lama makin menjadi

Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

JENAYAH penipuan atauscammer di Malaysia seolah-olah tidak berkesudahan malah dilihat semakin berleluasa dan menyebabkan ramai menjadi mangsa.

Laporan muka hadapan Sinar Harian pada Selasa mendedahkan, peningkatan berkenaan berlaku ekoran sikap mangsa yang mudah dieksploitasi, cepat panik dan kurang pengetahuan tentang teknologi siber.

Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, penjenayah tersebut licik dalam memanipulasi psikologi mangsa sehinggakan mereka bertindak untuk mendedahkan butiran peribadi termasuk maklumat perbankan kepada scammer.

Akibat daripada itu, mangsa akhirnya terjerat dengan jenayah penipuan dan mengakibatkan mereka kehilangan wang sehingga jutaan ringgit.

Ahmad Noordin berkata, scammer pada asasnya sukar untuk mengetahui dengan tepat jumlah wang yang ada dalam akaun bank orang ramai.

Bagaimanapun, mereka boleh meneka status kewangan mangsa berdasarkan profil peribadi yang mereka peroleh seperti usia dan jenis pekerjaan.

Penjelasan berkenaan memberi gambaran bahawa mendedahkan maklumat peribadi di media sosial pada masa kini adalah tidak selamat.

Jika diteliti, isu scammer di Malaysia bukan perkara baharu malah boleh dikatakan hampir setiap bulan pasti ada yang menjadi mangsa.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, banyak media melaporkan tentang mereka yang menjadi mangsa, namun masih ramai yang tertipu dengan taktik jenayah penipuan.

Bagi mengelakkan isu ini berlaku secara berlanjutan, kerajaan bersama-sama media tempatan perlu memainkan peranan untuk memperbanyakkan lagi informasi mengenai scammer.

Bagi menjayakan usaha ini, anak-anak khususnya perlu menerangkan kepada ibu bapa mereka untuk tidak terpedaya dengan segala muslihat penipuan jenayah ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!