UMNO tidak perlu pemimpin 'Raja Formula' - Puad Zarkashi

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO memang wajib untuk ‘move on’ atau bergerak ke hadapan.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, parti itu tidak boleh ‘move on’ jika ada pemimpinnya yang mementingkan diri.

“Asalkan dia selamat dan tidak diganggu. Sebab itu jangan pandang ringan perasaan akar umbi. Jika mereka berkecil hati dan membuat protes senyap, parti tidak boleh ‘move on’.

“UMNO tidak perlu pemimpin 'Raja Formula', hanya untuk dia sahaja yang bangkit tetapi bukan untuk partinya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah Mohd Puad, ada pemimpin UMNO yang langsung tidak bersuara apabila bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberi perbicaraan adil.

Malah, perkara sama turut berlaku apabila Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dizalimi dengan pendakwaan terpilih dan pemimpin berkenaan mendapat benefisiari ketika UMNO susah.

Pada Ahad, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata, seluruh ahli parti itu perlu akur dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib, sekali gus meneruskan usaha menguatkan parti.

Beliau menjelaskan, demi kelangsungan parti, akar umbi UMNO perlu bangkit, khususnya menggandakan usaha untuk membaik pulih parti secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!