Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan
06 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 6 FEBRUARI 2024
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, Disember lalu.
Timbalan Pengerusi MCPF Selangor Datuk Seri A Thaiveegan berkata, ganjaran berkenaan diberikan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #RM20,000m #kesbunuh #ZaynRayyan #DatukSeriAThaiveegan #MCPF