Ops Tapis Khas: Remaja antara 670 individu diberkas

Hussein (dua dari kanan) menunjukkan gambar suspek dan rampasan yang dijalankan menerusi Ops Tapis Khas di seluruh negeri ini ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.

A
A
A

SHAH ALAM - Remaja berumur 14 tahun antara 670 individu ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan di seluruh negeri ini bermula 29 hingga 31 Januari lalu.

Daerah Gombak mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 72 individu diikuti Kajang (68), Kajang (68), Serdang (63), Klang Selatan (57) serta beberapa kawasan lain di negeri ini yang mencatatkan tangkapan di bawah 50 individu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melibatkan 349 serbuan.

Hussein (dua dari kanan) menunjukkan gambar suspek dan rampasan yang dijalankan menerusi Ops Tapis Khas di seluruh negeri ini ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.
Hussein (dua dari kanan) menunjukkan gambar suspek dan rampasan yang dijalankan menerusi Ops Tapis Khas di seluruh negeri ini ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.

"Ops Tapis Khas kali ini menggempur sebanyak 193 lokasi atau sarang penagihan dadah melibatkan jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan Felda serta Felcra.

"Seramai 670 individu diberkas termasuk 42 tokan dadah serta 20 individu berstatus dikehendaki berumur antara 14 hingga 70 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Selasa.

Katanya, operasi dijalankan ini melibatkan rampasan sebanyak 63.5 kilogram dan 32 liter cecair dadah.

Artikel Berkaitan:

"Selain dadah, antara yang dirampas turut melibatkan selaras senapang angin buatan sendiri di Klang Utara.

"Kesemua nilai rampasan yang dijalankan berjumlah RM868,163," katanya.

Menurutnya, pihaknya komited dalam usaha membanteras penyalahgunaan serta pengedaran dadah di negeri ini.

"Polis turut mengalu-alukan kerjasama serta maklumat jenayah untuk memastikan jenayah serta dadah dibanteras sepenuhnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!