Legenda bola sepak, Khalid Ali meninggal dunia
PARA peminat menerima khabar duka sebentar tadi apabila legenda bola sepak negara, Khalid Ali meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.
Allahyarham disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat awal Ramadan tahun lepas menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.03 petang.
Khalid yang sebelum ini dimasukkan ke hospital selepas keadaannya yang tidak mengizinkan serta tidak sedarkan diri beberapa hari sebelum akhir riwayatnya.
Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.
Khabar duka kematian Allahyarham dimaklumkan menerusi laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.
"Semoga ALLAH merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin," catat FAM menerusi Facebook sebentar tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!