Kes kematian di Langkawi diklasifikasikan semula
06 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 6 FEBRUARI 2024
Polis Kedah mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian suspek selepas bergelut dengan polis di Langkawi pada Khamis daripada laporan kematian mengejut kepada menyebabkan kematian dan pembunuhan, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, beliau sudah mengarahkan siasatan diklasifikasikan semula selepas keputusan bedah siasat awal mendapati individu itu meninggal dunia akibat kecederaan tumpul di kepala.
Beliau turut mengarahkan pegawai dari ibu pejabat polis kontinjen (IPK) mengambil alih siasatan daripada polis Langkawi bagi mengelak sikap berat sebelah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com