12 rumah setinggan musnah terbakar

Kebakaran melibatkan 12 rumah setinggan di SPMP Telipok, Kota Kinabalu pada Selasa.
Kebakaran melibatkan 12 rumah setinggan di SPMP Telipok, Kota Kinabalu pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 12 rumah setinggan di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP), Telipok di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki turut melecur di bahagian bahu ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.45 tengah hari.

"Seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 21 kilometer dari BBP Lintas dan turut dibantu oleh BBP Kota Kinabalu dan Tuaran melibatkan 18 anggota.

Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan 12 rumah setinggan di SPMP Telipok, Kota Kinabalu.
Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan 12 rumah setinggan di SPMP Telipok, Kota Kinabalu.

"Menurut laporan kebakaran melibatkan 12 rumah setinggan jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

"Selain itu, terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian bahu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mangsa Hasan Alam, 51, diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Angkatan Pertahanan Awam.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, operasi memadam kebakaran segera dilakukan sebelum api berjaya dikawal pada jam 1.41 petang.

"Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.53 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!