Yatim piatu sejak kecil, murid sebak imbau ibu, ayah 'pergi'

Nik Muhammad Raees (kanan) menunjukkan beg baharu pada program CSR ATH Group bersama Mydin di pasar raya itu.
Nik Muhammad Raees (kanan) menunjukkan beg baharu pada program CSR ATH Group bersama Mydin di pasar raya itu.
A
A
A

KOTA BHARU - "Ibu dan ayah saya sudah tiada, mereka 'pergi' semasa saya kecil," kata seorang murid yatim piatu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kutan, Nik Muhammad Raees Nik Rosman, 10.

Murid Tahun Tiga itu sebak ketika menceritakan mengenai ibu dan bapanya yang sudah meninggal dunia ketika usianya masih kecil akibat kemalangan jalan raya.

"Saya dan dua abang sekarang dijaga oleh nenek. Ibu saudara dan bapa saudara juga sayang kami macam mak dan ayah.

"Saya seorang yang belajar di sini. Dua abang saya bersekolah pondok sebelum ini, " katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli pakaian dan kelengkapan sekolah di Pasaraya Mydin di sini pada Selasa.

Nik Muhammad Raees gembira kerana dipilih membeli sepasang pakaian sukan dan pakaian seragam harian.

"Saya gembira kerana dapat membeli pakaian di sini bersama kawan-kawan lain," katanya.

Norlisan (tengah) cuba memakaikan kasut kepada murid SK Kutan yang pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ATH Group bersama Mydin di pasar raya itu.
Norlisan (tengah) cuba memakaikan kasut kepada murid SK Kutan yang pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ATH Group bersama Mydin di pasar raya itu.

Rakannya, Nur Amani Syafiqah Mohd Faisal, 10, juga teruja dapat membeli kelengkapan dan pakaian sekolah lebih awal.

Artikel Berkaitan:

Nur Amani Syafiqah merupakan anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan pemandu lori dan pembuat air di kedai makan.

"Pakaian baharu ini sebagai persiapan untuk sesi persekolahan nanti (Mac)," katanya.

Menurut Nur Amani Syafiqah, seorang kakaknya masih bersekolah dalam Darjah Lima manakala seorang lagi adiknya masih kecil.

Seorang lagi, Muhammad Amisya Azuki, 10, berkata, pakaian sekolah dan kelengkapan itu akan digunakan dalam penggal baharu persekolahan.

"Saya berterima kasih kerana ada pihak yang belanja kami membeli baju sekolah baharu. Hari ini saya beli beg, stoking dan pakaian sekolah," katanya.

Nik Muhammad Raees, Nur Amani Syafiqah dan Muhammad Amisya Azuki merupakan antara tiga daripada 135 murid SK Kutan yang terpilih membeli pakaian dan kelengkapan sekolah melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebuah syarikat perumahan ATH Group bersama Mydin di pasar raya itu.

Guru dan murid SK Kutan bergambar bersama selepas membeli kelengkapan dan pakaian sekolah
Guru dan murid SK Kutan bergambar bersama selepas membeli kelengkapan dan pakaian sekolah

Pengarah Urusan ATH Group, Norlisan Ramzai berkata, setiap tahun mereka melaksanakan program berkenaan bagi membantu golongan miskin dan asnaf.

Tambah beliau, usaha itu dapat mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa yang mungkin banyak komitmen kewangan.

"CSR seperti ini juga akan dilaksanakan pada Ramadan melibatkan anak yatim dan keluarga miskin," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!