Hampir berhenti sekolah, tidak sanggup tinggalkan ibu terlantar
06 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 6 FEBRUARI 2024
Seorang pelajar tingkatan lima di Kampung Pulau Semut, Kedai Mulong Kota Bharu hampir membuat keputusan untuk berhenti sekolah selepas tidak sanggup meninggalkan ibunya yang terlantar sakit akibat serangan angin ahmar, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Nur Amalina Nabila Awang Lah@Rahed, 17, mendedahkan, sepanjang berada di sekolah hati menjadi tidak keruan serta menjadi kurang fokus dalam pelajaran apabila terkenangkan keadaan ibu Nor Asikin Daud, 62, yang berseorang di rumah.
Amalina menyatakan dia risau meninggalkan ibunya sendirian di rumah selama lapan jam dan akan menpersiapkan kebajikan ibunya sebelum ke sekolah.
Muzik: Sad Day dari www.bensound.com