Pengampunan Najib: Bukan persoal hak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
A
A
A

AWANG yakin semua pihak tak persoal hak Bossku mohon pengampunan. Atau hak Lembaga Pengampunan buat keputusan. Tapi kes ini bukan soal kecil. Ia membabitkan nama baik dan integriti negara dan orang yang menjadi ketuanya.

Kesannya pada Tuk Seri PMX sendiri. Tidak pernah walau sehari PMX tak cakap pasal perangi rasuah dan tata kelola yang baik. Rakyat sokong tindakannya.

Dalam kes perangi rasuah beliau bukan cari bilis tapi juga jerung. Khabarnya sebelum ini jerung-jerung ini lepas bebas dan tak boleh disentuh langsung.

Tapi PMX langgar macam buldozer. Baru-baru ini SPRM bertindak ke atas anak-anak bekas seorang Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan.

Rakyat boleh faham beliau lantik seseorang yang ada kes rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tapi rakyat pelik bagaimana boleh berlaku DNAA ke atas individu itu.

Rakyat sokong PH oleh sebab PMX nak lawan rasuah sampai ke akar umbi. Sasaran serangan PH semasa kempen PRU15 adalah soal rasuah dalam kerajaan masa itu. Topik nombor satu adalah kes 1MDB. Rakyat beri kepercayaan kepada PMX untuk bersihkan rasuah. Jangan sampai 1MDB berulang.

Masa zaman Tuk Seri Ismail, beliau relakan Boss beliau dalam parti masuk penjara. Bayangkanlah kemarahan ahli parti pada beliau. Korbannya adalah beliau sendiri.

Jangan pandang pada sifat luarnya yang lemah, tapi prinsipnya yang kental. Tabik hormat Awang pada Ismail!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!