123 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
AMMAN - Seramai 123 wartawan Palestin telah terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, menurut pejabat kerajaan di wilayah terkepung itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (PETRA).
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kematian seorang wartawan yang juga Pengarah Pusat Penerangan Palestin di Semenanjung Gaza, Dr Rizq Al-Gharabli.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 27,585 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. - Bernama-PETRA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!