Nur Syazwani terima anugerah atlet harapan PABM

Nur Syazwani (depan, dua dari kiri) menerima anugerah atlet harapan PABM yang disampaikan oleh Yahaya di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra pada Rabu.
Nur Syazwani (depan, dua dari kiri) menerima anugerah atlet harapan PABM yang disampaikan oleh Yahaya di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra pada Rabu.
A
A
A

ATLET wanita muda angkat berat negara, Nur Syazwani Radzi, 21 menerima anugerah atlet harapan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Kedah (PABK), Yahaya Sani.

Nur Syazwani adalah pemenang pingat gangsa untuk negara dalam acara 64 kilogram (kg) di Sukan SEA Kemboja 2023 dan merupakan penampilan pertamanya di pentas antarabangsa.

Beliau melakukan angkatan snatch sebanyak 80 kilogram (kg) sebelum mencatatkan rekod clean and jerk (104kg) dengan keseluruhan 184kg.

Menurut Yahaya, PABK mewakili Nur Syazwani menerima anugerah atlet harapan PABM itu pada pada Mesyuarat Agung Dwitahunan persekutuan itu di Segamat, baru-baru ini.

“Pada lawatan kali ini, kami berkesempatan untuk berjumpa dengan atlet angkat berat Kedah dan menyampaikan anugerah Atlet Harapan PABM kepada atlet angkat berat kedah, Syazwani.

“PABK berharap anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat Syazwani untuk menjalani latihan,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan ke pusat latihan angkat berat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di Jitra, Kedah.

Yahaya yang diumumkan sebagai presiden baharu persatuan itu pada Mesyuarat Agung PABK 2024-2026 penghujung Disember lalu berkata, Nur Syazwani dan seorang lagi atlet muda angkat berat Kedah turut dipilih oleh Majlis Sukan Negara (MSN) ditempatkan di bawah Program Podium selama dua tahun.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Nur Syazawani bersama atlet angkat berat lelaki Kedah iaitu Muhammad Amin Hakimi Mohd Shukry, 19 akan ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil bagi tempoh 2024 hingga 2025.

“Mereka berdua akan menjalani latihan secara intensif di sana dan kita berharap agar mereka akan lebih cemerlang khususnya dalam mewakili mana-mana kejohanan akan datang di peringkat kebangsaan termasuk mewakili Kedah di Sukma mahupun di pentas antarabangsa,” ujar beliau lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!