Hati mufti tersentuh bertemu Nur Khairunnisa

Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada Nur Khairunnisa yang ditemani ibunya. - Foto Twitter Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada Nur Khairunnisa yang ditemani ibunya. - Foto Twitter Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengagumi keperibadian dan kematangan murid Tahun Satu, Nur Khairunnisa Mohammad Haizir yang menjadi 'mata dan tongkat' kepada kedua ibu bapanya yang cacat penglihatan.

Memuat naik status di Twitter peribadinya, Zulkifli berkata, pertemuan ringkas dengan Nur Khairunnisa di pejabatnya hari ini membuatkan hatinya tersentuh dengan kematangan kanak-kanak itu walaupun baru berusia 7 tahun.

"Ibu bapanya Encik Haizir dan Puan Nur Suhaida pastinya berbangga memiliki anak sehebat ini.

"Benarlah kata seorang ibu, Nur Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami," katanya.

Pada hantaran sama, beliau turut mendedahkan keperibadian Nur Khairunnisa sehebat namanya, 'Khairunnisa' (sebaik-baik perempuan).

Status Mufti Wilayah Persekutuan mendapat perhatian netizen.
Status Mufti Wilayah Persekutuan mendapat perhatian netizen.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu dan guru-guru Nur Khairunnisa kerana terpilih untuk memikul amanah mendidiknya.

"Kami yakin dengan yang jitu daripada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

⁣Dalam pada itu, ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada Ketua Pegawai CSR, Jaafarudin Md Ali, Menteri Besar Selangor Incorporated atas kesudian hadir memberi sumbangan.⁣

Mengakhiri pertemuan tersebut, Zulkifli mendoakan agar Nur Khairunnisa menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dan membanggakan kedua ibu bapa.

"Doa yang sama jua untuk anak-anak kita," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kisah tular kanak-kanak berusia 7 tahun itu memimpin ibu bapanya yang cacat penglihatan ketika sesi orientasi Tahun Satu di sekolahnya yang menyentuh hati netizen.

Walaupun memahami kedua ibu bapanya tidak mampu melihat, tetapi kesungguhan murid itu menerangkan di mana lokasi padang sekolah, di mana lokasi kelasnya dan kantin membuatkan ramai tersentuh.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mak, sini la kantin... Mak, ni padang sekolah...'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!