Kedah bangga pencapaian A-Mardi bersama Jordan

Aksi Al-Mardi semasa beraksi bersama KDA FC pada musim 2022. Foto KDA FC
Aksi Al-Mardi semasa beraksi bersama KDA FC pada musim 2022. Foto KDA FC
A
A
A

KEJAYAAN Mahmoud Al-Mardi yang membantu Jordan mara ke final Piala Asia 2023 selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Ahmed bin Ali pada Selasa mendapat pujian bekas kelabnya, Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Sang Kenari berkata, penampilan Al-Mardi di pentas Asia itu mengamit kembali memori bersama KDA FC yang memberikan segala-galanya kepada kelab itu pada musim 2022.

Menurutnya, kelibat pemain sayap itu memberikan impak besar kepada KDA FC terutamanya beraksi di pentas Piala AFC 2022.

"Tahniah diucapkan kepada Mahmoud Al-Mardi yang membawa Jordan ke pentas akhir Piala Asia buat pertama kali. Kelibat Al-Mardi pasti dirindui penyokong Kedah. Beliau bersama rakan sepasukan mencipta sejarah layak ke final Piala Asia terutama jaringan lencong ikonik ketika menewaskan Harimau Malaya.

"Mahmoud mewakili KDA FC di musim 2022, diikat di pertengahan musim dan membantu Sang Kenari layak ke separuh akhir Zon Asean, Piala AFC 2022. Tahniah, pulun Mardi pulun di final nanti," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

KDA FC dilihat masih lagi berada dekat di hati Al-Mardi kerana profil gambar di laman FB beliau masih memaparkan gambarnya yang memakai jersi Sang Kenari.

Selain Al- Mardi, tiga lagi pemain Jordan yang pernah beraksi dalam dalam Liga Malaysia (Liga M) adalah Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab yang mewakili Selangor dan Fadi Awad (PDRM).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!