Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pembelaan akan mohon pengampunan penuh terhadap Najib

07 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 FEBRUARI 2024

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan untuk membuat permohonan pengampunan kedua ke atas hukuman yang dihadapinya bagi kes membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan semasa proses Lembaga Pengampunan.

Muhammad Shafee memaklumkan, anak guamnya akan mengemukakan permohonan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaku Yang di-Pertuan Agong terkini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #najibrazak #najib #SRC #pengampunan