Tragedi berkelah: Ibu maut, tiga anak hilang dihanyut kepala air

Lokasi mangsa terperangkap ketika kepala air berlaku.
Lokasi mangsa terperangkap ketika kepala air berlaku.
A
A
A

TAPAH - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut manakala tiga anaknya masih hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 4 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang berkelah bersama tiga ahli keluarga yang lain.

Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung pada jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, tiga anak mangsa dikenali Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayat, 4, dan Hanna Mikayla, 7, masih belum ditemui, dikhuatiri dihanyutkan arus deras.

Mohd Naim (kiri) ketika meninjau lokasi kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor pada Rabu.
Mohd Naim (kiri) ketika meninjau lokasi kejadian kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor pada Rabu.

"Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan melibatkan pelbagai agensi dengan radius pencarian sejauh tiga kilometer.

"Kita akan meneruskan operasi ini sehingga semua mangsa ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

Kejadian itu turut melibatkan kakak mangsa dikenali Aslinda Bani, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun, mereka bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Mohd Naim berkata, seorang lagi mangsa merupakan pengasuh wanita warga Indonesia berusia 30-an berjaya diselamatkan penduduk selepas berpaut pada batu besar iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi perkelahan.

Katanya, berdasarkan maklumat penduduk, kejadian kepala air jarang berlaku di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa maut telah dihantar ke Hospital Tapah, pengasuh wanita turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya.

Seorang wanita meninggal dunia akibat lemas manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian kepala air di Kampung Poh dekat Bidor pada Rabu. Ketika kejadian, semua mangsa dikatakan sedang berkelah berhampiran sungai di kawasan berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mencari empat mangsa yang masih hilang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 4.03 petang.

Katanya, operasi dilaksanakan dengan membuat pencarian di sepanjang sungai bermula dari lokasi kejadian menghilir sungai tersebut melibatkan 17 anggota diketuai Balai Bomba dan Penyelamat Bidor.

"Bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Teluk Intan dan Unit Anjing Pengesan K9 bomba telah digerakkan bagi membantu operasi.

"Setakat ini, cuaca di tempat kejadian pada tidak lagi hujan, paras air sungai mulai surut, namun keadaan air masih lagi keruh," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!