(**BUKA KEDAI GLOBAL 1**) Individu tertua sambut hari lahir ke-117 tahun

AYAT FB: Wanita dari Jepun kekal pegang rekod individu paling tua di dunia

Tanaka diraikan dalam satu majlis sambutan hari lahir pada akhir minggu lalu.
Tanaka diraikan dalam satu majlis sambutan hari lahir pada akhir minggu lalu.
A
A
A
TOKYO - Kane Tanaka dari Jepun kekal memegang rekod sebagai individu tertua di dunia selepas meraikan ulang tahun ke-117 di sebuah rumah penjagaan di Fukuoka di selatan negara itu.

Sebuah parti untuk Tanaka turut dianjurkan oleh kakitangan pusat itu bersama rakan-rakannya akhir minggu lalu.

Dia turut menjamah sepotong kek hari jadi ketika diraikan dalam majlis itu.

"Sedap... saya mahu lagi," kata wanita yang hari lahirnya jatuh pada 2 Januari lalu sambil tersenyum.

Pada 9 Mac 2019, Tanaka disahkan sebagai individu tertua di dunia pada usia 116 tahun dan 66 hari oleh Rekod Dunia Guinness.

Beliau dilahirkan secara pramatang pada 1903 dan merupakan anak ketujuh daripada lapan adik-beradik.

Pada 1922, beliau berkahwin dengan Hideo Tanaka dan dikurniakan empat cahaya mata dan mempunyai seorang anak angkat.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang wanita dari Perancis, Jeanne Louise Calment yang berumur 122 tahun.

Rekod usia wanita itu menjadi simbol kepada populasi penduduk tua paling ramai di Jepun ditambah pula dengan kadar kelahiran yang rendah, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kekurangan tenaga buruh dan prospek untuk pertumbuhan ekonomi pada masa depan.
Artikel Berkaitan:


Jumlah kelahiran di Tokyo menurun kepada 5.9 peratus pada tahun lalu kepada kurang daripada 900,000 orang buat pertama kali sejak kerajaan mengumpulkan data pada 1899. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!